Private Education Carnival 2021
Daftar Sekarang Dianjurkan oleh: Kolaborasi Bersama-sama:
Karnival digital sepenuhnya meraikan kejayaan dan keperluan pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia. Dianjurkan oleh: Kolaborasi Bersama-sama: Karnival Pendidikan Swasta 2021 Daftar Sekarang

Karnival Pendidikan Swasta 2021

Karnival percuma yang memberi inspirasi dan bermaklumat, disesuaikan untuk pendidikan awal kanak-kanak.
Karnival Pendidikan Swasta (KPS) 2021 dianjurkan oleh Bahagian Pendidikan Swasta, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) secara kolaborasi dengan Persatuan Pengusaha Pendidikan Swasta Malaysia (PEEAM) dan KEDIOS BERHAD. Pelaksanaan karnival ini menyokong dasar penglibatan awam-swasta dalam mencorak lanskap pendidikan swasta negara melalui tanggungjawab sosial korporat (CSR) daripada agensi di luar KPM.

Karnival Digital Yang Menghubungkan Tadika, Ibu Bapa dan Komuniti Seluruh Malaysia.

Umum mengetahui kenyataannya bahawa kita masih lagi tidak dapat menghadiri mana-mana karnival secara fizikal dan bersemuka buat masa ini.

KPS 2021 menyediakan platform untuk tadika swasta menampilkan kejayaan dan kemenjadian murid dan anak didik di samping memberi peluang kepada pengusaha tadika swasta untuk mempromosikan program khusus tadika seterusnya membantu meningkatkan kembali enrolmen pendidikan awal kanak-kanak.

TEMA KPS 2021:

Memacu Digitalisasi Pendidikan Awal Kanak-kanak

Tema “Memacu Digitalisasi Pendidikan Awal Kanak-kanak” menjadikan KPS 2021 sebagai tempat yang sesuai untuk tadika swasta di seluruh negara untuk bertemu dengan bakal ibu bapa dan membuat hubungan yang tidak ternilai dengan mereka.

Di dalam karnival digital, ibu bapa boleh meneroka gerai, berinteraksi dan berbual secara langsung dengan tadika swasta, melihat video mereka, mendapatkan risalah dalam talian mereka, menonton penceramah berkongsi pengetahuan mereka dan banyak lagi.Kami tidak sabar untuk anda semua untuk mengalaminya bersama-sama!

Tarikan KPS 2021

  1. Penerokaan dan pengalaman mengunjungi dan berinteraksi dalam karnival digital sepenuhnya
  2. Poin setempat untuk maklumat berkaitan penubuhan, pendaftaran dan pengoperasian Tadika Swasta di Malaysia.
  3. Mengenali pelbagai program pendidikan awal kanak-kanak yang dipromosikan oleh Tadika-tadika Swasta.
  4. Ruang dan peluang untuk mewujudkan kerjasama strategik pendidikan di antara pengusaha tadika, persatuan dan pertubuhan serta masyarakat.
  5. Terlibat dalam forum pendidikan serta pembentangan akademik berkaitan pendidikan awal kanak-kanak serta pertandingan yang menyerlahkan bakat murid tadika.

Karnival Pendidikan Swasta 2021

Ketahui lebih lanjut berkaitan Tadika terbaik untuk anak anda.

Penganjur

Logo BPS (Transparent) Color

Kolaborasi Bersama-sama

KPM_Logo-04
KPM_Logo-03

Koordinator Pertandingan

KPM_Logo-04
KPM_Logo-06
KPM_Logo-07
logo-03

Karnival digital sepenuhnya meraikan kejayaan dan keperluan pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia apabila kita bangkit daripada kesan pandemik COVID-19 global.