Umum mengetahui kenyataannya bahawa kita masih lagi tidak dapat menghadiri mana-mana karnival secara fizikal dan bersemuka buat masa ini.
KPS 2021 menyediakan platform untuk tadika swasta menampilkan kejayaan dan kemenjadian murid dan anak didik di samping memberi peluang kepada pengusaha tadika swasta untuk mempromosikan program khusus tadika seterusnya membantu meningkatkan kembali enrolmen pendidikan awal kanak-kanak.
Tema “Memacu Digitalisasi Pendidikan Awal Kanak-kanak” menjadikan KPS 2021 sebagai tempat yang sesuai untuk tadika swasta di seluruh negara untuk bertemu dengan bakal ibu bapa dan membuat hubungan yang tidak ternilai dengan mereka.
Di dalam karnival digital, ibu bapa boleh meneroka gerai, berinteraksi dan berbual secara langsung dengan tadika swasta, melihat video mereka, mendapatkan risalah dalam talian mereka, menonton penceramah berkongsi pengetahuan mereka dan banyak lagi.Kami tidak sabar untuk anda semua untuk mengalaminya bersama-sama!
Penganjur
Rakan Kolaborasi
Koordinator Pertandingan
Karnival digital sepenuhnya meraikan kejayaan dan keperluan pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia apabila kita bangkit daripada kesan pandemik COVID-19 global.