Tahun 5 & 6
Aktiviti bercerita dalam pengajaran Bahasa merupakan pendekatan yang sesuai untuk membina kecekapan berbahasa murid iaitu kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Pertandingan Bercerita
KPS2021 diadakan untuk mencungkil bakat, memupuk keyakinan diri dan mengasah kemahiran komunikasi murid Tadika.
Tahun 5 & 6
Pertandingan menyanyi dan menari KPS 2021 diadakan untuk mencungkil bakat murid sekaligus membina keyakinan diri.
Melalui aktiviti seumpama ini, membolehkan murid mempunyai disiplin dalam membuat persembahan dan menikmati muzik ke arah membantu pembentukan insan yang mempunyai emosi seimbang, kreatif dan inovatif. Pertandingan ini turut memperkembang daya komunikasi dan interaksi melalui persembahan.
Tahun 5 & 6
Dikoordinasi oleh Eduwis dan Mywis
Pertandingan Kitar Semula Projek STEAM yang dikoordinasi oleh Eduwis dan Mywis ini adalah sebuah projek Science, Technology, Engineering, Arts and Mathematics (STEAM) yang merangsang pemikiran kreatif dan penyelesaian masalah di kalangan murid.
Tahun 6
Dikoordinasi oleh Score100
Cabaran Cerdik Kanak-kanak yang dikoordinasikan oleh Score100 adalah penilaian atas talian bertujuan untuk mengukur kemahiran akademik asas prasekolah dan penguasaan aplikasi mereka dalam mempersiapkan mereka ke sekolah rendah.
Karnival digital sepenuhnya meraikan kejayaan dan keperluan pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia apabila kita bangkit daripada kesan pandemik COVID-19 global.