1. Pertandingan Bercerita KPS 2021 adalah hanya untuk murid Tadika berumur 5 dan 6 tahun.
2. Terdapat dua kategori yang dipertandingkan.
i) Kategori Bercerita Bahasa Melayu
ii) Kategori Bercerita Bahasa Inggeris
3. Penyertaan adalah secara penghantaran video digital yang dimuatnaik ke dalam Portal KPS 2021 pada atau sebelum 14 November 2021, 11.59pm (dilanjutkan). Video bercerita hendaklah dirakam dalam format AVI atau MP4 secara melintang dengan resolusi 1080P/720P. Setiap video penyertaan haruslah berdurasi di antara enam (6) hingga tujuh (7) minit.
4. Tajuk/Tema untuk Pertandingan ini adalah bebas. Sumber bahan cerita hendaklah dipilih daripada medium berikut:
i.Buku-buku cerita yang terdapat dalam pasaran
ii.Cerita-cerita daripada majalah dan media massa lain.
iii.Cerita daripada bahan elektronik/Internet.
iv.Hasil Karya sendiri
5. Penyertaan untuk Pertandingan Bercerita KPS 2021 menekankan kejelasan nada suara, gaya penyampaian dan kualiti rakaman video.
6. Semua video digital yang dihantar akan menjadi hakmilik penganjur. Pihak penganjur berhak menyiarkan rakaman video pertandingan di mana-mana platform bagi tujuan promosi dan pendidikan.
Kualiti Cerita
i. Isi cerita mestilah mengandungi unsur-unsur pengajaran dan nilai-nilai murni sejagat yang tidak menyentuh isu-isu politik, agama dan tidak menghina mana-mana pemimpin.
ii. Muzik dan kesan bunyi semasa bercerita tidak dibenarkan.
iii. Peserta tidak dibenarkan membaca teks cerita atau bahan rujukan secara terus menerus.
Ambil Perhatian: Penggunaan kostum dibenarkan tetapi sekadar hiasan sahaja dan tidak memberi sebarang markah tambahan.