1. Pertandingan ini dibuka kepada semua murid tadika berumur 5 dan 6 tahun.
2. Kategori yang dipertandingkan adalah Kategori Nyanyian dan Tarian Individu
3. Bahasa yang dibenarkan untuk penyampaian lagu adalah dari Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.
4. Penyertaan adalah secara penghantaran video digital yang dimuatnaik ke dalam Portal KPS 2021 pada atau sebelum 14 November 2021, 11.59pm (dilanjutkan). Format video adalah AVI/MOV, secara melintang dengan resolusi 1080P/720P.
5. Durasi untuk persembahan adalah di antara 3-6 minit. Lagu pilihan hendaklah tidak menyentuh sensitivi kaum, agama, lucah dan negatif. Penggunaan props dan kesan khas video adalah dibenarkan mengikuti kreativiti peserta.
6. Gerakan tarian dalam persembahan adalah secara solo dan bebas selagi tidak membahayakan keselamatan peserta dan tidak keterlaluan.
7. Semua video digital yang dihantar akan menjadi hakmilik penganjur. Pihak penganjur berhak menyiarkan rakaman video pertandingan di mana-mana platform bagi tujuan promosi dan pendidikan.