Pertandingan Menyanyi Dan Menari

Pertandingan menyanyi dan menari KPS 2021 diadakan untuk mencungkil bakat murid sekaligus membina keyakinan diri.

Melalui aktiviti seumpama ini, membolehkan murid mempunyai disiplin dalam membuat persembahan dan menikmati muzik ke arah membantu pembentukan insan yang mempunyai emosi seimbang, kreatif dan inovatif. Pertandingan ini turut memperkembang daya komunikasi dan interaksi melalui persembahan.

1. Pertandingan ini dibuka kepada semua murid tadika berumur 5 dan 6 tahun.

2. Kategori yang dipertandingkan adalah Kategori Nyanyian dan Tarian Individu

3. Bahasa yang dibenarkan untuk penyampaian lagu adalah dari Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.

4. Penyertaan adalah secara penghantaran video digital yang dimuatnaik ke dalam Portal KPS 2021 pada atau sebelum 11 November 2021. Format video adalah AVI/MOV, secara melintang dengan resolusi 1080P/720P.

5. Durasi untuk persembahan adalah di antara 3-6 minit. Lagu pilihan hendaklah tidak menyentuh sensitivi kaum, agama, lucah dan negatif. Penggunaan props dan kesan khas video adalah dibenarkan mengikuti kreativiti peserta.

6. Gerakan tarian dalam persembahan adalah secara solo dan bebas selagi tidak membahayakan keselamatan peserta dan tidak keterlaluan.

7. Semua video digital yang dihantar akan menjadi hakmilik penganjur. Pihak penganjur berhak menyiarkan rakaman video pertandingan di mana-mana platform bagi tujuan promosi dan pendidikan.

Ton Suara/Tempo/Pic   20 markah
Kreativiti Persembahan   20 markah
Koreografi Tarian  20 markah
Ketrampilan    10 markah
Penghayatan   10 markah
Kesepadanan Lagu dan Tarian  10 markah
Kualiti Audio dan Video   10 markah
Jumlah Markah: 100 markah

1. Semua penyertaan akan dimasukkan ke dalam undian awam sehingga 14 November 2021.

2. Penyertaan dengan undian terbanyak akan dipilih sebagai 10 finalis teratas.

3. 10 finalis teratas kemudian akan disampaikan kepada hakim panel untuk menentukan 3 pemenang teratas.

Kumpulan umur 10 Teratas 3 Teratas Pengiktirafan
Tahun 5 & 6

Sijil Pencapaian yang dianugerahkan oleh Bahagian Pendidikan Swasta, Kementerian Pelajaran Malaysia

logo-03

Karnival digital sepenuhnya meraikan kejayaan dan keperluan pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia apabila kita bangkit daripada kesan pandemik COVID-19 global.