Pertandingan Bercerita

Aktiviti bercerita dalam pengajaran Bahasa merupakan pendekatan yang sesuai untuk membina kecekapan berbahasa murid iaitu kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Pertandingan Bercerita

KPS2021 diadakan untuk mencungkil bakat, memupuk keyakinan diri dan mengasah kemahiran komunikasi murid Tadika.

Objektif

  • Mencungkil bakat dan kreativiti murid dan keyakinan murid.
  • Menggalakkan murid-murid membaca dan menghayati karya kreatif penulisan.
  • Membina keyakinan diri dan semangat juang yang tinggi serta berdaya saing dalam kalangan murid.
  • Meningkatkan kemahiran berbahasa iaitu mendengar, bertutur, membaca dan menulis.

1. Pertandingan Bercerita KPS 2021 adalah hanya untuk murid Tadika berumur 5 dan 6 tahun.

2. Terdapat dua kategori yang dipertandingkan.

i) Kategori Bercerita Bahasa Melayu

ii) Kategori Bercerita Bahasa Inggeris

3. Penyertaan adalah secara penghantaran video digital yang dimuatnaik ke dalam Portal KPS 2021 pada atau sebelum 11 November 2021. Video bercerita hendaklah dirakam dalam format AVI atau MP4 secara melintang dengan resolusi 1080P/720P. Setiap video penyertaan haruslah berdurasi di antara enam (6) hingga tujuh (7) minit.

4. Tajuk/Tema untuk Pertandingan ini adalah bebas. Sumber bahan cerita hendaklah dipilih daripada medium berikut:

i.Buku-buku cerita yang terdapat dalam pasaran

ii.Cerita-cerita daripada majalah dan media massa lain.

iii.Cerita daripada bahan elektronik/Internet.

iv.Hasil Karya sendiri

5. Penyertaan untuk Pertandingan Bercerita KPS 2021 menekankan kejelasan nada suara, gaya penyampaian dan kualiti rakaman video.

6. Semua video digital yang dihantar akan menjadi hakmilik penganjur. Pihak penganjur berhak menyiarkan rakaman video pertandingan di mana-mana platform bagi tujuan promosi dan pendidikan.

Kualiti Cerita

i. Isi cerita mestilah mengandungi unsur-unsur pengajaran dan nilai-nilai murni sejagat yang tidak menyentuh isu-isu politik, agama dan tidak menghina mana-mana pemimpin.

ii. Muzik dan kesan bunyi semasa bercerita tidak dibenarkan.

iii. Peserta tidak dibenarkan membaca teks cerita atau bahan rujukan secara terus menerus.

 

Ambil Perhatian: Penggunaan kostum dibenarkan tetapi sekadar hiasan sahaja dan tidak memberi sebarang markah tambahan.

Persembahan dan Kreativiti    25 markah
Bahasa dan Pertuturan    25 markah
Penghayatan Cerita    20 markah
Mesej/nilai dalam Cerita    15 markah
Tempo Penceritaan/Perkembangan Cerita    15 markah
Jumlah Markah:    100 markah

1.Semua penyertaan akan dimasukkan ke dalam undian awam sehingga 14 November 2021.

2.Penyertaan dengan undian terbanyak akan dipilih sebagai 10 finalis teratas.

3.10 finalis teratas kemudian akan disampaikan kepada hakim panel untuk menentukan 3 pemenang teratas.

Kumpulan umur Bahasa Melayu Bahasa Inggeris Pengiktirafan
10 Teratas 3 Teratas 10 Teratas 3
Teratas

Tahun 5 & 6

✓   Sijil Pencapaian yang dianugerahkan oleh Bahagian Pendidikan Swasta, Kementerian Pelajaran Malaysia
logo-03

Karnival digital sepenuhnya meraikan kejayaan dan keperluan pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia apabila kita bangkit daripada kesan pandemik COVID-19 global.